Thursday, March 31, 2011

Try This. Enjoy Your Day :)

Assalamualaikum :)
Oke guys, this is just a game that i got thru  LifeBeginBlogspot. this is just for fun. 


i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar





ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan





iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


then, sambungkan kesemua ayat and that's ur result :)

btw, petang tadi,  mine was AKU TERHANTUK MAK MERTUA AKU SEBAB AKU TAK TENTU ARAH.
n for now, AKU TERHANTUK MAK MERTUA AKU SEBAB BOMOH SURUH. lol.

haha.oke,let me know ur result.i'm sure this is really fun.

Till then, Bye.

LOVExoxo,
Zatil.

Meet My Boyfriends.

Assalamualaikum :) 


That's the LONELY DAY by System of a Down.




This is my handsome Boyfie called, Dear Google.
the most important Boyfie, without DearGoogle, i felt like pfft. :)



My second Boyfie, Mister.F
Peneman setia di kala aku sunyi.
even sometimes dis Boyfie memang annoying gile, wut should i do? he's mine.LOL.



My third. This is Bro.Twitter
osem. i can ber-tweet2 with my friends here. cool. :)



and meet dis, Honey Tumblr
kat sini, kata hati berbicara.
the pictures there telling us everything. everything yang bermain dalam fikiran.
everything yang somtimes sesakkan dada.
everything? i'm not so sure. teheee^^



ouh, meet my cute Boyfie too, comel tak?
tempat aku mencurah cerita yang langsung tak berkualiti.
heee.




aha, yang kedua last ni aku tak berapa nak berkenan sangat, Pheww Formspring
bukak pon jarang-jarang.
malas nak jawab soklan yang diberikan. opps. haha.
fo sho, bukan-lah diabaikan. tssk.
p/s : sape-sape yang nak tanya soklan, boleh-lah tanya kat Formspring. :P



Last but not least. my Boyfie yang memang malu untuk aku pamerkan.
heee. ni ha, aku punya MyFriendster, tahun lepas buat. tapi sekali dua je aku bukak :P 
so, aku ada 5 membe je. bhaha. :P


yeayh. dat's my Boyfriends. 
Teman di kala aku bosan. :P
and fo sho, aku memang suka giler ngan kaler MERAH.
Twitter, Tumblr, Blog, Formspring and Friendster semuanya aku guna mesti letak something kaler MERAH or PINK. alaaaa, PINK ngan MERAH cam adik beradik la kan? wakak.
 p/s : MERAH drive me nuts.LOL.


heyh, show me yours too :)

Till then, Bye.

LOVExoxo,
Zatil.

Wednesday, March 30, 2011

Kata Aku : Bulu Mata dan KukuKaki Tangan.

Assalamualaikum :)

Suddenly, hujan turun dengan lebatnya. dari petang tadi, sampai la sekarang. sejuk toksah cakap la. amik air semayang pon macam nak g berperang. takotnya nak sentuh air sejuk cam ais. ceeeh. dan time sejuk camni, minum milo panas sambil ngadap lappy adalah the best thing evah. duk pulak dalam selimut tebal, ahh toksah cakap la.... heaven kot. hee. macam hiperbola kan. 


For sure, bukan hal hujan dan sejuk yang nak diperkatakan. Serious tak tahu nak cakap camne pasai hal ni. but first thing first,mind if i ask you something? eceh. bila bulu mata korang jatuh, or i mean jatuh gugur ke pipi, wut is the fes thing yang bermain di fikiran? idk tetiba rasa cam ayat yg aku guna mcam berbelit macam maggi.lol.


that's wut i'm gonna talk about. bukan apa, semenjak dua menjak ni, bulu mata aku salu je jatuh, got it,?? oke la. aku guna ayat ni, bulu mata aku selalu je jatuh gugur ke pipi. heee. macam haprak.boooo.
and for me, one thing yang bermain di fikiran bila berada dalam situasi ni :


Bila Bulu Mata Belah Kanan Jatuh Gugur ke Pipi.
I'll talk to my self : aishh.sape la RINDU kat aku ni. asyik jatuh je bulu mata ni. kang lama-lama botak mata aku kot. LOL.
and yess, bulu mata belah kanan memang dikaitkan dengan rindu. it's mean, ada someone tgh rindukan you. bukan aku sengaja reka, dah memang camtuh.


Bila Bulu Mata Belah Kiri Jatuh Gugur ke Pipi.
I'll talk to myself : ouh, there's someone tengah UMPAT,MENGATA dan MENGEJI aku la ni. agak-agaknya sape ea?
mesti si anon tu sebab tadi aku blablabla.  nonsense.
dan sebaliknya, bulu mata belah kiri memang-lah dikaitkan dengan benci. jangan tanya aku why. :P

And for sure.
 my mum pernah kata, kalau kita nak tahu sape yang RINDU or sape yang tengah UMPAT kita tu, amik bulu mata yang jatuh gugur ke pipi tadi and letak bawah bantal. InsyaAllah orang tuh akan masuk lam mimpi kita. phewww.

And another thing.
kalau kita nak rambut kita cepat panjang, amik bulu mata yang jatuh gugur ke pipi tadi, and letak atas kepala.
maka, cepatlah seket rambut kita akan panjang. heee.



dat's the things about bulu mata. now, let's talk about KUKUKAKI TANGAN.

have you ever heard that the reason why KUKU TANGAN kita cepat panjang and why KUKU KAKI kita lambat panjang??



Kuku Tangan.
this is apa yang membe aku pernah story la. Dia kata, Kuku Tangan adalah simbol kepada Kegembiraan. for sure, dalam hidupan seharian kita, kita lebih banyak bergembira daripada berduka kan? Semakin kita selalu gembira, semakin cepatlah kuku tangan jadi panjang. got it? so you think mende ni masuk akal tak? heee.

Kuku Kaki.
memandangkan kuku tangan adalah simbol kepada kegembiraan, adalah berbeza dengan kuku kaki. Kuku Kaki pula dikatakan simbol kepada Kedukaan. and yes, bukan setiap hari kite berduka right? melainkan orang yang baru putus cinta or kematian someone la.. and kekadang boleh diterima jugak la kot, sebab kita jarang berduka, maka Kuku Kaki lambat seket nak panjang. hee.


Moral of the Story.
eyh, mende ni boleh pakai ke? hee. and for me, kekadang aku 'main angin' jugak ngan mende ni. yeayh, i admit yang aku selalu je letak bulu mata yang jatuh gugur bawah bantal. bukan percaya sangat kat mende ni, tapi it's just for fun. bayangkan, bila kita letak bulu mata yang jatuh gugur tu bawah bantal, and ditakdirkan malam tu you mimpikan someone, ia boleh jadi kebetulan kot. haha. esok pagi bangon dah senyum sememeh, sebab dah set on mind yang : 

ouh,kau yang rindu aku ea.

or

ouh, kau yang umpat aku semalam.

hahaha. 

it's just for fun right? jangan percaya seratus peratus, sebab ni cerita yang aku pon dah tak engat dari mana asal usulnya. cerita dari mulut ke mulut kot. 

oke.dat's all for tonight.
Till then, Bye.

LOVExoxo,
Zatil.

Tuesday, March 29, 2011

Kedai Kopi's Story.

Assalamualaikum :)

Hey uols, eyh.. ni bukan Cerita Kedai Kopi di mana aku lepak buang masa kat kedai kopi, minum-minum kopi sambil jeling-jeling mamat hensem kat seblah sambil senyum-senyum kambing. no no. begini....

Pagi tadi, bout jam 4.30 pagi i guess, hujan turun bukan main lebatnya. tetiba aku tersedar, and seperti biasa, hujan yang turun, selalu je buat aku rindukan someone. even aku sendiri pon tak tahu rindu kat sape.LOL. kalau time skolah dulu, bila hujan je, kompem rindu kat family. then kol mak ayah, nanges2 sebab homesick. teheee.

so, disebabkan aku dah terlanjur tersedar dari tidor yang begitu lena, aku amik keputusan tuk online sambil tunggu subuh. bertuah punya pompuan, bukannya nak mengaji sambil tunggu subuh. bhaha.
so, aku update status Twitter, aku stalk people kat fesbuk, aku scroll atas bawah, like itu ini. bored!.

and suddenly, bila dah terbangon awal cam ni, aku teringat kenangan-kenangan time skolah rendah dulu. bila hujan, memang tido pon lena. so, bila dah ayah kejut bangun tido, masing-masing, aku ngan akak, berkeras xmo bangon. kau sepak aku, aku sepak kau. along la p mandi dulu, angah nak tido sekejap lagi ni. sambil meta pejam. LOL.haha. then, bila dah masing-masing takmo bangun, masa pon bergerak. ayah kejut-kan for second time,. heyh, pukul 7pg dah ni. haha. time tu memang masing-masing dah gelabah gile kot. pheww. amik hang. sape suh malas bgn :P

kekadang, exsaited gile nak g skolah. lagi-lagi awal2 tahun yang dah dua bulan bercuti. time tu memang dah sedia ngan beg baru, pencilcase baru n everything baru. memang tido pon tak berapa nak lena. so, bgn pagi, tengok jam, oke. p mandi, siap2 n last-last hupenye tadi tengah mamai, tersilap baca jarum jam. terbangon awal duh. heeee. sambung tido balik.LOL.

duh, macam banyak pulak hal yang bermain lam kepala. yeayh, sometime..oh no, banyak-time, aku selalu pikir yang kalau boleh, nak sangat kembali ke masa dulu and betul-kan balik apa-apa yang patot di betulkan.
mana doraemon? mai sini and gimme time machine so that i can bla.bla.bla. balik masa lalu and blabla.
eleh, aku rasa bukan aku je yang pikir nak balik masa lalu, mesti korang pernah berpikir cemtuh kan?
:(

wut da puffgirl are u thinking about hah?  heyh people, everything hepeng ada reason tersendiri. yes, ada hikmah tersendiri. why not you think dat kalau you balik ke masa lalu, you takkan berada di tempat sekarang. akan ada perubahan, and maybe perubahan itu lebeh menakotkan dari current condition. and for sure, if u smell something regret now, why not you ubah and buat yang terbaik untuk masa yang akan mendatang?

past is past. just tengok ke hadapan and teruskan yang terbaik, EVERYONE TAKES THINGS STEP BY STEP. from now on, you should deliberate slowly. be patient.dont be greedy. dont give up.

that's all ceramah pada hari ni. i gotta go.
Till then readers, bye.

LOVExoxo,
Zatil.


Sunday, March 27, 2011

Kencang Bercerita Cerita Lesen.

Assalamualaikum :)

dari tadi, dahi dah berkerut-kerut memikirkan masalah negara yang semakin membangun ni. dari tadi jugak aku asik tenung lesen P aku tu. tak lama lagi, bulan Mei bakal menjelang, maka, dengan hadirnya bulan Mei, lesen P kesayangan aku tu makin memBesar. maksud aku, aku akan dapat lesen Besar. patot ke aku gembira ?


jawapannya : tak! aku langsung tak gembira.
ayah aku pon dah start bising tu. 
mak aku pon dah mula bukak mulut.
abang aku dari dulu dah marahkan aku.


kata-kata abang aku yang jeles kat adik dia yang comel ni : ''ala, habeskan duit untuk angah buat lesen pon macam membazir je. ada lesen, tapi simpan je dalam purse. ada lesen, drive pon tak pandai. baek simpan je duit yang habes buat lesen tuh.''.

phewww, terasa menusuk ke lubuk hati la geng.




Serious, ini bukan kes AMAXOPHOBIA, iaitu fobia kepada menaiki kereta. bukan juga kes besar macam Fobia Memandu. ini adalah kes biasa-biasa saja. 

Bila terbayang dah dapat lesen besar ni, maka secara otomatik haruslah sudah Expert gila drive kete. tapi aku masih lagi merangkak-rangkak. dah berapa tahun aku simpan lesen  dalam purse. dah berkulat gamaknya. oke, hiperbola. walopon begitu, aku still lagi tak leyh drive. heeee.  


macam mengada la zatil. takot drive kete? bukan kereta tu makan orang pon.LOL.
lu cakap senang la bai, aku yang pernah dapat pengalaman ngeri ni je yang boleh memahami perasaan aku.
bayangkan, first time drive, kete mampos time kat Traffic light.malu :(
bila dah setat kete tu balik, kete dah 'tersedut-sedut' sebab clutch and minyak punya tak stabil.blablabla.


naseb bek kete ada sticker P, so kete kat belakang takde marah sangat sebab dia tahu aku masih lagi dalam percubaan. punya-lah malu, takot dan berdebar gile.LOL.

so, disebabkan peristiwa paling ngeri tu, aku dah takot nak drive. wuaaa.

oke. sekarang dah tahu kan kenapa aku takot nak drive. apa yang aku perlukan sekarang adalah KEBERANIAN. heee.
aku memang berani, bila aku dah ter-over BERANI, secara otomatik aku akan drive secara laju-laju dan terselit sedikit perasaan bangga. 

maka, bila dah ter-drive laju, maka situasi berada dalam kete just like main Roller Coaster.
ada paham? terhuyung-hayang, macam macam .... perghh.

bahaya jika diumum kepada umum.

Till then, dah masuk Maghrib. 
cerita 'hanging'.

LOVExoxo,
Zatil. 

Tuesday, March 22, 2011

Happy Birthday My Super-Hero.

Assalamualaikum. :)



Hari ni 22Mac, Happy Birthday to my Super-hero. Ever. :)

hepi besday dad.may Allah bless you.

LOL. tu ha aku curik gambar ni dari facebook ayah aku. :) gambar time beliau muda dulu. rambut panjang. hensem sangatlah hero aku ni.auwww.
he's the best father in the world. ayat standard orang guna. teheee^^ he's the one and only king in my heart. sangat memahami anak-anak dia ni. having 6 anak perempuan yang semuanya manja dan sangat sensitif lagi garang, bukan senang nak tangani perangai buruk 6 puteri ni.

tenkiu ayah.

family potrait. raya tahun lepas.

p/s : tak celebrate his besday sebab he's outstation about one week. :( miss him already. phewww.


Till then,see you later guys :)

LOVExoxo,
Zatil.

Cerita Kucing dan Tumblr.

P/S : CLICK HERE untuk join HEARTBEAT. :)



Assalamualaikum :)




Salah satu mende yang membuat aku stress adalah Kucing. Seyes aku cakap yang aku memang tak suka kucing.   orang kata, kalau nak tahu yang pompuan tu penyayang or tak, dia mesti sukakan binatang seperti kucing. eyh, aku penyayang LOL *backup diri sendiri*. dulu aku pernah sukakan kucing, tapi ada suatu ketika tu, ada sekor kucing yang telah berak atas baju aku. baju baru beli der. aku letak baju tu lam bakul, sebab nak basuh. tuptup, bila aku nk p basuh baju, aku tengok ada tahi kucing. eyuwwwww.


oke! sangat marah. sebab adik aku yang 5 tahun tu suka sangat kucing, maka aku perintahkan dia yang basuh baju aku. heeee. semenjak hari tu, aku anti-kucing. Serious.


maka, semenjak dua menjak ni aku makin Stress. why? kat rumah sekarang ada 6 ekor kucing. sekor mak kucing, 5 anak kucing. comel. tapi aku tak suka. dowang suka sangat main lam bilik aku. serious aku anti.anti der.


aku rasa cam bilik aku tak bersih lau ada kucing. tak selesa lol. isssh. so, aku dah mintak mak aku pergi buang kucing tuh.. tapi, takde sebarang tindakan lagi. phewww.


p/s : petang semalam aku nanges sebab geram kucing tido atas katil. poor me :)

DAH! HABES BAB KUCING.


**********

korang ada Tumblr? aku pon ada. heee. sebenarnya dari tahun lepas lagi kot aku ada Tumblr. time tu aku baru berkecimpung dalam dunia IT ni. so, sebab jakun yang teramat, aku bukak semua account hape-hape account yang ada. Myspace, Twitter, Blog, Facebook, Tagged, Hi-5, Friendster, Formspring and etc.


tu time aku tak berpikir matang la, habes semua account aku ada. hebat giler kot time tuh, boooo.
tapi sekarang aku dah buang apa yang patot di buang. skang aku just stay ngan Fb, Formspring yang ada soklan tak dijawab, Blog sebagai buah hati pengarang jantung, Twitter peneman hidup, dan Tumblr.


tahu tak, dah sembilan bulan aku tak bukak Tumblr actually. then,tetiba semalam aku rasa cam tak patot buat Tumblr cemtuh. so, aku on balik. best jugak la Tumblr. just reblog sumtim yang best. not bad la.


tapi yang tak bestnya, bila aku bukak benda2 yang camni, aku sangat cerewet bab-bab pilih theme, kalau untuk blog ni, Template la kan. aku memang tak suka bila aku ada banyak pilihan theme, tapi tak tahu nak pilih yang mana. bhahaha. ini tak kena, itu tak kena,. even, pilih Template for blog pon amik masa begitu lama baru jumpa Template yang sangat memuaskan hati.


pheww, aku memang sukakan kaler2 yang striking actually. tengokla blog aku, merah menyala kot. sakit mata korang-korang yang tak suka kaler merah :P n da problem now, skang aku tgh cari Theme seswai for my Tumblr. aku just nak pastikan Tumblr aku menarik tuk dipertontonkan. LOL.


so, which one better?



dis is my current theme. oke tak?



how bout this? bhahaha.



oke dah, korang -korang yang ada Tumblr, meh visit aku HERE :).


Till then, see you later.
have a nice day everyone. :P

LOVExoxo,
Zatil.

Monday, March 21, 2011

Jawab-lah Tag.Hilangkan Bosan.



Assalamualaikum :)

Tenkiu to Yana Cool yang Comel sebab bagi tag ni. sedikit sebanyak aku ada sebab tuk hupdate blog yg telah bersawang ni. heee.

jom terjah.


1. Adakah anda rasa anda hot?
cuaca sekarang memang agak panas dan aku sangat hot.


2. Upload pic anda dari PC sekarang.



3. Cerita pasal gambar tu.
gambar ni bukanlah new to the latest. tapi gambar agak terbaru jugak-lah. heee.
it's nothing special bout dis picca. but, tengok buku tu. it's bout DIET. 
ouh, aku semakin gemok. :P


4. Bila kali terakhir anda makan ayam?
LOL. kenapa mesti ayam? hee. paling last, hari sabtu hari tuh. ayam kfc :)


5. Lagu terakhir yang anda dengar.
my peberet song. JUST THE WAY YOU ARE by Bruno Mars.


6. Apa yang anda buat selain dari menyelesaikan tag ini?
Dengar lagu peberet and thinking :)


7. Selain dari nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
PRINCESS. boooo.dream on la girl :P  budak-budak panggil aku ANGAH. :)


8. Tag lagi 8 orang.
satu    HATEEEEMA chan
dua    queen NADIA
empat    SILAHpandi
lima    PYKA rahmat
enam    Bea Aziz
tujuh    HANA hamzah
lapan    Cik IYDA


9. Siapakah nom 1?
dia Hatima chan adalah seorang perempuan yang sangat kreatif.
tengoklah blog dia. sangat cun dan comel :) i loike.


10. Cakap sesuatu pasal nom 5.
Pyka Rahmat. :) kawan yang saya kenal thru dunia blogging.


11. Orang nom 3 ada hubungan dengan siapa?
my sweetie pretty fren Mila,. it's complicated :)


12. Bagaimana pula dengan nom 4?
Asilah. my pwen time kat uitm dungun. comel orangnya.


13. Pesanan buat nom 6.
Bea yang juga kawan yang kenal thru dunia blogging.
Hye kawan.nice to meet u.:)


14. Kata-kata cinta buat nom 2.
Little queen, miss u <3


15. Berikan 5 perkara yang anda tahu pasal nom 1.
kulit muka dia flawless gile.JELES.
dia kreatif gile.JELES.
pandai drive kete auto.heee. manual? tak sure :P
dia bijak. JELES.
dia comel :)


16. Persamaan antara kambing ngan lembu.
4 kaki. ada ekor. haiwan yang berbulu.


17. Perasaan bila buat tag ini.
Toksah kata. eksaited sebab dah nak sampai penghujung tag :)


18. Adakah anda tahu rizman itu sengal?
true indeed. *apakah?*


19. Gay or les?
alaaa... malu-lah.public sangat kot ni.


DONE.

Till then, see u later guys.

LOVExoxo,
Zatil.

Tuesday, March 8, 2011

Aku ada. Kau ada. Dia ada. mari sebarkan. Semua akan ada.

Assalamualaikum :)

kita ada HEARTBEAT. ye! aku tengok sini sana dah bercakap pasal heartbeat. dia cakap pasal heartbeat. mereka cakap pasal heartbeat, aku pon nak cakap pasal heartbeat. 


bila korang dah putus asa sebab tak dapat Buffered Earnings dari nuffnang, peh-lish jangan gundah gulana. jangan kerut-kerut dahi sebab dah lama ber-nuffnang, tapi still tak dapat hasil. muka cepat nampak tua kot.
why not korang try pasang iklan HEARTBEAT. it's as easy as AIR BATU CAMPUR i guess.


oke, merujuk kepada ANNAS EASKEY.

let's start.


  



KLIK BANNER DI ATAS.




for details, let's move.
ni yang apa jadi bila korang dah klik heartbeat tadi.
then, tekan kat HEARTBEAT.MY.




pastu, sila klik CREATE ACCOUNT.
seperti yang ditunjukkan anak pak-nah tersebut.




maka, korang isi form yang tertera dengan sebaik mungkin.
bila dah siap, sila AGREE dan CONTINUE.




pastu lagi, adalah satu kewajipan anda untuk klik JOIN  HB.
seperti yang diperkotak-katikkan itu.








klik ONLINE APPLICATION





kena isi form lagi. baca semua dengan jelas. isi dengan tekun. jangan tertinggal bahagian yang penting.



untuk payment, korang boleh pilih hape-hape yang patot.
heyh, make sure bila dah siap, jangan lupa tuk klik I AGREE dan CONTINUE.





oke,. let's. dapatkan CODE.





nak letak code secara mengiring, melintang, meniarap, membangun?
semua ada di tangan anda. :)





taraaa. nak cek earnings, klik je mende yang dibulatkan itu :)



phewww, u got it? 

meh sama-sama kita menabung untuk hari muda dan hari tua. 
so, jangan lupa untuk klik banner heartbeat yang tertera yaww:)




till then, bye.  

LOVExoxo,
Zatil.

Sunday, March 6, 2011

K.A.H.W.I.N :)

Assalamualaikum :)

this is just fast hupdate.


selamat hari ahad everyone. hari ni, bangon tido and rutin cam biasa bukak facebook. like apa-apa yang patot then  scroll atas bawah tgk apa yang ada. 

dan ....



pheww. makkkk! sal semua  orang cakap sal kawen ni? hahaha.



image dari abang google.




untuk lebih lanjut ::




conclusion? nothing. :)


till then, bye.


LOVExoxo,
Zatil.

Thursday, March 3, 2011

What goes around, comes around.

Assalamualaikum.

what goes around, comes around. it's kinda what you sow, you will reap right?

when honestly is undeniably a true lie. when laugh is just a simple fake joy. and when smile is so much an artificial curve, lovely nicked on the face - what ''second chance'' has to offer?

as much as i hate giving my second chance away to someone i'm devoted into, so much i have tp tell myself that perhaps, when the right time comes, through the toughest day of my life, all chances i'm dying for are just one lurking desire. Unacknowledged. Saaved by the bell? dream on, girl.

so play it well.



p/s : wuteva happen in your life, it's in God's own plan and it will always be good in the end. have faith, Trust Him.(ihatequotes.twitter)


guys, if you does domething bad, something bad will happen to you. 

till then,bye.

LOVExoxo,
Zatil.

Tuesday, March 1, 2011

Mengingati Mereka.

Assaamualaikum.

 makin masa bergerak, makin dewasa kita semua. zaman pon semakin maju. kita semua makin maju. maju melangkah ke depan. semuanya maju. majuuu.


sekarang dah ada facebook, connecting people. sekarang ada ym, skype. menghubungkan yg jaoh dan yg dekat. tak lupa twitter, tumblr , tagged dan myspace and etc.
makin bergaya. makin bertambah mutu dan keunggulan.


bila semua dah berubah, aku teringat kat membe lama. agak-agak dengan segala kemajuan yang ada ni, aku dapat jumpa ngan membe aku  tu balik tak?


***********

dulu,  family aku pernah tinggal kat kawasan perumahan. aku tak engat la umur aku time tuh.
best duk kat kawasan perumahan cemtu, kiri kanan depan belakang ada jiran. ada membe-membe.
syoknya.


then, one day ada satu family baru pindah kat kawasan tu. rumah dia selang dua buah rumah ngan rumah aku.
masa tu hanya ada aku dan kakak aku je kot. ouh, maksud aku adik2 aku tak wujud lagi.


dat family yang baru pindah ada dua orang anak lelaki dan sorang pompuan.
seingat aku, budak laki tu sorang baya akak aku, sorang lg baya aku.
adik dia aku tak engat :P


nak dijadikan cerita perkenalan kami, memang sadis.
kejam ouh budak laki dua beradik tu, ada ke patot dia main baling batu.
tak cool ah cara dowang nak kawan.
fes-fes pindah kat kawasan orang dah pandai main baling-aling batu cemtuh.


sakit kot kena batu tu kat kepala. tsssk.
oke fine, aku dan kakak aku ikot rentak dowang.
kau main lempar batu, aku lempar balik kat kau.
huh.


nak dijadikan cerita lagi, begitulah kisah kami.
saling membenci. baling-baling batu sambil ejek-mengejek...
budak-budak katakan :)


and one day, dowang dah tak baling batu lg dah, sebaliknya dowang baling gula-gula.
pergghh. baik punya saudara. tiap-tiap hari kot aku and akak dapat gula-gula free :)
bhaha.
tapi kenapa dak laki dua beradik tu baling gula-gula?
kenapa secara tiba-tiba?


takde sape yg boleh jawab sebab aku pon tak tahu.
so, bila dah mesra, berkawan lah kami.


teringat time makan aiskrim yg 20sen sebatang.
teringat semua memori ngan dowang.


and bila dah mesra berkawan, suka sama suka., dowang pindah pergi tempat lain. agak-agak aku dowang pindah pegi johor kot. ouh. memang masih segar dalam ingatan kot saat dowang dh nk pergi tu.
seingat aku, dowang bg syiling  time tuh.
aku dapat seposen. akak aku dua posen.


erkk.apakah semua itu?
kadang-kadang nak jugak jumpa dowang.
macam mana dah dowang skang ni.
haha.


ouh, jika aku tak salah, nama dowang Farhan dan Firdaus kot.




aku dah berusaha taip nama dowang and search kat facebook.
der... nama Farhan dan Faisal bukan sorang je kat dunia ni. belambak weyh.
rupa dowang cane pon aku tak tahu.

tsssk.
dapat ke jumpa dowang?
tak kot......

oke dah. 
till then,bye.

LOVExoxo,
Zatil

no More.Balik Kepada Asal.

Assalamualaikum :)


*picca dua tahun yang lepas*


just a quick update for today. no more GIRL NEXT DOOR. now, i used to be IT'S LIKE THIS, IT'S LIKE THAT. sebenarnya dah gunakan title tuh time mula-mula bergelumang dalam dunia blogger. then, aku tukar girl next door. tetiba nak change to old title balik sebab begitu begini memang lumrah kehidupan dunia realiti. macam-macam cerita.macam-macam hal.


ouh, btw... selamat datang MARCH. Please be good to me. selamat tinggal februari :) glad to know u.

and to ols of u, have a nice day.
may God bless you.


till then,bye. 

LOVExoxo,
Zatil