Sunday, October 3, 2010

tips hilangkan lingkaran bawah mata.

Assalamualaikum..
Memulakan entry ini dgn menghidangkan anda sekeping gamba yg serba serbi biru.
bukan tujuan untuk menunjukkan bahawa mata aku bulat atau besar,.
cuba lihat keadaan bawah mata yg macam nk telan orang tuh,nmpk kan eye bag
yg tersergam indah melingkari mata sebesar bola itu.
mencacatkan gamba! uh




take five jap,sila berjalan dan berhenti depan cermin yg gedabak besar,cermin yg sekelumit kecil,cermin bedak compact,cermin yg sebarang cermin la.tak kesah jenis cermin tuh,perhati bawah mata anda.
renung mata anda tajam2 n kalau ada sebarang lingkaran hitam,jom baca sbb2 n penyebab kepada keadaan yg lgsg tidak menyenangkan ini.

HASIL DARIPADA CARIAN GOOGLE DAN CARIAN PELBAGAI SUMBER

1. Lingkaran bawah mata disebabkan kekurangan pengaliran darah di tempat berkenaan.Ia terbentuk apabila pengaliran darah di bawah mata kurang baik lalu mengakibatkan pigmen darah berwarna terkumpul di bawah kulit kelopak mata yang nipis sekali gus membuatkannya bertukar daripada biru ke ungu.Ini menyebabkan keadaan sekeliling mata menjadi lebih gelap.

2. Masalah pemakanan.Diet tidak seimbang dgn mengabaikan pengambilan makanan tinggi serat dan tinggi kandungan sodium mempercepatkan proses penuaan sekitar mata dan berisiko mendapat eye bag.

3. Keletihan,tekanan,dan kurang tidur dikaitkan dgn berlakunya eye bag ini apabila kawasan sekitar mata menjadi tegang.

4. Pendedahan lama kepada cahaya matahari.Kulit mata lebih cenderung mengalami masalah pigmentasi semula jadi akibat pancaran matahari menyebabkan masalah garis dan gegelung hitam di bawah mata lebih ketara berbanding bahagian lain sekitar wajah.

5. Usia.Dikaitkan dgn usia yg semakin lama semakin tua,kulit pada mata akan nipis dan gelambir lemak jelas kelihatan.

6. Alahan.Rasa pedih dan gatal ,keadaan ini mengundang tindakan fizikal seperti menggosok mata secara kuat menyababkan kulit sekitarnya hilang keanjalan.

ha,tu ada sedikit sebanyak aku cari lam google tuh.byk lg kot penyebab kepada lingkaran bawah mata neyh.memburukkan keadaan dan juga penampilan.juga merosakkan mood tao.huu

dan disini,disertakan sedikit dan juga sebanyak tips menghilangkan lingkaran bawah mata.

1. Letak timun bawah mata.ops,hirisan timun okaih.bukan timun yg gedabak besau tuh.
2. Luangkan masa mengurut bahagian mata.Urut sekitar mata menggunakan jari manis secara lembut.Lakukan sebelom tido dan dalam keadaan tgh rehat.
3. Menggunakan kantung teh.Kantung teh yg telah digunakan,masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.Then,letak atas kedua2 belah mata.
4. Rawatan.Tekapkan bahan sejuk seperti pad mata khusus untuk merehatkan kawasan sekitar mata.
frankly speaking..keberkesanannya agak di ragui tapi worth a try as student.
p.lau nk senang n tak ya wat mende yg rumit2..pe kata lau outing n pegi watsons or pape kedai n beli je krim2 khusus tuk hilangkan lingkaran bawah mata ni.

ta kesah menggunakan cara moden or tradisional,matlamat hanya satu tuk hilangkan lingkaran yg mengganggu itu.
banyak lagi senanya penyebab n tips,malas dan nk tulis.hee
google la ye untuk kepuasan hati anda.

sekian.xoxo <3




No comments: