Assalamualaikum :)
merujuk kepada sumber, telephobia adalah keengganan atau rasa takot membuat atau menerima panggilan telefon, secara harfiah, takot telefon.
u get it? TAKOT TELEFON.
Seriously, aku tak tahu if aku ada fobia ni. wut? takot telefon? it's sound like hell kan. but,this is true. lately, aku susah sangat nak angkat panggilan dari membe-membe. and memang banyak kali membe-membe kol and sebanyak kali itu juga lah aku tak angkat fon.
then,when i realized dat dis might be a problem to me, aku try google something yang berkaitan pasal takot telefon ni.
and berdasarkan pada sumber tu,merujuk kepada yang diperkatakan, aku tengok 2 things yang look similiar with my condition.
1. i avoid the telephone at work.
*no.aku tak kerja. maksud aku disini, mana-mana tempat yg aku pergi, and i got panggilan, memang aku takkan angkat*
2. i avoid making any telephone calls , asking others to call for me.
*it's true. aku memang jarang sangat kol sape-sape pon (not including family). kalau aku kol pom,if ada hal yang sangat sangat sangat penting. and yesss, aku memang sebolehnya tak kasi orang kol aku. sebab aku memang takkan angkat*
memang rasa bersalah kalau tak angkat telefon. lebey2 lagi bukan satu panggilan. banyak panggilan. bukan satu kali.banyak kali.tapi.... wut can i do?
wut just i got?
"heyh,angkatlah telefon.!''. ngauman meses yang aku terima.
''asal tak angkat kol? sy just nak cakap barang yang saya order tu dah sampai. terima kasih ye''.
ngauman meses yang aku terima dari membe yang beli inner and shawl ngan aku.
ni pulak someone yg kol banyak kali,tapi still aku tang angkat.
''kol me back!''.
selepas aku still tak kol dia,dia kol adik aku. aku da cakap awal2 kat adik aku suh cakap kat sape2 yang kol... yang aku kua tak bawak fon.
maka marahlah si pemanggil tu.
katanya, ''uh.nak bertanya kabar pom susah!''. (baca ngan nada marah).
tu tak masuk lagi ngan membe yang merajuk.
''aku xmo kwn ngn mu,slgi mu dop col aku balik..bye!''
marah betol si pemanggil-pemanggil ni.Bukan orang lain pon.Membe-membe aku juga.
Masalah payah angkat telefon ni memang menimbulkan banyak masalah. menimbulkan banyak rasa tidak puas hati pelbagai pihak kat aku.alaa,kononnya aku orang penting la. syok sendiri deyh
.
and the reasons why aku susah nak angkat telefon adalah begitu rumit untuk diperjelaskan.
MAMAT YANG OBSES DENGAN AKU.
it might be hal ni. one of the reasons i think.
dulu.ada sorang mamat ni yang begitu obses dengan aku. disebabkan obses dia tuh, aku stop contact ngan dia. bukan hape, obses dia tu getting worst. if aku tak reply meses, dia marah-marah aku. aku reply meses lambat, dia marah aku. aku tak angkat kol,dia marah-marah jugak. and if aku angkat kol, dia marah-marah jugak. -.-''
sape tak lari weyh? aku bukannya kapel ngan dia. kenal pom sekadar suam2 kuku je. tu dah melampau kan. and bila dia marah, maki hamun pulak aku. ayat power giler siap ngan pakej mencarut hape bagai.
oke.biakan dia.aku wat senyap je.
then,bila aku da tak contact dia. selalu je aku dapat kol dari nombor yang aku tak kenal. tapi aku tak boleyh cepat melatah sebab aku memang tak save nombor-nombor fon membe2 dalam fon aku.so, bila aku tak save nombor2 membe, setiap nombor yang tak dikenali kol,memang aku angkat.
then,bila aku angkat fon,aku jarang tanya sape yg kol sebab aku takot membe-membe aku terasa hati sebab tak save nombor fon dia lam fon. tapi,bila dat person yg kol memang aku tak kenal langsung, aku harus berteka-teki,.
and you know what, malangnya gerangan yg kol itu adalah mamat yang obses ngan aku tu.
dia memang bebal ah. sanggup guna nombor orang lain wat kol aku. lagi jahatnya mamat tu, dia curi nombor yg dia guna tu. paham tak? maksudnya, dia suka mencuri. bila dia curi sim kad orang lain, dia guna sim kad tu buat kol aku.
then,bila da macam tuh.aku memang dah tak angkat sebarang panggilan daripada nombor yang tak dikenali.
sebab aku benci mamat tuh.
BERGAYUT LAMA YANG MEMANG MEMBORINGKAN.
aku memang tak suka bab ni. someone kol and we ols bergayut sakan.then, bila dah terlalu bergayut, both of us diam.sebab dah habes point.tak tahu nak cakap hal hape. bila aku diam, yang sebelah lg diam.
senyap.buat habes kredit adalah. so,bila i ask him/her kenapa senyap,sebab dia kata aku senyap,so dia senyap jugaklah. wth? aku memang anti ngan orang cam gini. bila dia dah kol,so mesti dia ada hal untuk diperkatakan. so,lu pikir sendiri la.
bila aku pikir nak putuskan talian,kang membe cakap aku tak nak bertegur sapa pulak. nak tunggu dia yang cakap bye,memang tak ah. so,biasanya hal sebegini berakhir ngan kata-kata penipuan dari aku.
aku cakap la hape2 yg boley dipercayai untuk say bye :)
and untuk reasons yang lain,aku tak boley explen dari bentuk perkataan dan luahan.sebab reasons ni aku sendiri pom tak tahu.it's comes from deep of my heart.it's really complicated.
*broken english lol*
SOLUTION.
aku tak tahu apa patot aku buat. tapi siyesly aku rasa aku patot gitao sape2 yang nak kol aku, better meses dulu sekeping dua.
aku memang layan sebarang meses yang masuk inbox.tak jugak! sebab kadang2 aku rasa untuk meses yang omong kosong,aku takkan reply. time mood tade pom,memang aku takkan reply.
boooooo untuk aku.
p/s : agak-agak aku tergolong lam telephobia tak?
LOVExoxo,
Zatil.